Saturday 23 August 2014

Seorang Jurutera Yang Juga Penternak Itik

Beliau berpegang kepada kata-kata sediakan payung sebelum hujan. Encik Wahab Isa(gambar di kiri) seorang jurutera di sebuah kilang di Pulau Pinang. Menurut Encik A.Wahab bekerja dalam keadaan ekonomi sekarang mungkin berlaku pembuangan atau pengurangan di kilang.

Dalam keadaan sekarang beliau perlu bersedia untuk menghadapi serba kemungkin yang akan berlaku.Lantaran itu beliau dan beberapa   orang kawan mengusahakan menternak itik di ladang kelapa sawit di kampung Labu Besar tidak jauh daripada pekan Kulim.

Beliau menternak itik secara komersial. Mereka menyediakan sendiri makan itik yang diproses dan adun mengikut formula mereka  sendiri. Setakat ini terdapat 30 000 ekor itik. Semua itik akan dijual bila genap 45 hari.

Selain daripada pembeli khas( yang memborong itik) beliau menghantar itik ke kedai makan di sekitar Kulim dan  juga kepada individu tertentu





.Itik ini berusia berusia 43 hari. Ianya hanya akan dijual setelah cukup 45 hari. Menurut Encik Wahab 45 hari sudah cukup 'matang' dan sedap dimakan. Kiranya dibiarkan lebih daripada 45 hari, ia  akan meningkat kos perbelanjaan menyediakan makanan. Makanan itik dibuat berdasarkan formula mereka sendiri yang diadun daripada padi,beras,bedak,serbuk ikan dan lain-lain lagi. Mereka tidak menggunakan bahan kimia dalam makanan itik.


Bahan-bahan makanan itik seperti bedak,padi,beras dan serbuk ikan merupakan bahan asas makanan itik di ladang Encik Wahab.









Ladang Encik Wahab mengambil dua orang pekerja dari India untuk membantu kerja-kerja di ladang. Mereka ini bekerja secara kontrek. Untuk menghantar itik dan membeli  bahan  makanan itik ladang mempunyai sebuah lori khas. Lori ini ialah milik syarikat ini.






Lori inilah yang berbakti kepada ladang itik Encik Wahab.


























Oleh Shakir Taha

Tuesday 19 August 2014

Faiz Al-Faruqi Usahawan Muda



 Faiz Al-Faruqi Bin Kamaruddin  anak kepada pendakwah  lapangan, cukup berminat dalam perniagaan. Beliau pernah mendapatkan tawaran untuk bekerja dengan pihak kerajaan tetapi menolak kerana lebih selesa bekerja sendiri. Beliau juga mempunyai kemahiran menjahit pakaian.

Jadi untuk meneruskan minatnya dalam perniagaan, dia berkongsi dengan seorang rakan di Sungai Patani menubuhkan sebuah syarikat yang bernama 'MINDA AHLAL  RESOURCES PLT.

Menurut Encik Faiz pihaknya mengeluarkan minuman koko yang diadun bersama madu,malt dan susu kambing. Pengkilang  yang mengeluar produk ini bertaraf GMP.

Setakat ini syarikat mempunyai stokis dan ejen di Pulau Pinang,Taiping,Bangi,Sungai Patani. Syarikat yang baru berusia setahun jagong berharap dapat meluaskan pasarannya ke seluruh negara.

Setakat beliau cukup berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada pengguna-pengguna.

Menurut Ustaz  Kamaruddin Kassim yang juga seorang pendakwah dan aktivis lapangan, beliau menerima banyak permintaan daripada Negara Patani Darussalam khususnya di wilayah Jala,Patani dan Menara.










                                                                                                                                     
Faiz Al Faruqi(gambar di kanan) juga dilantik sebagai amil oleh  Majlis  Agama Islam Kedah. Beliau turut aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Kuala Muda, Kedah.


Oleh Shakir  Md  Taha

e-mel: shakirtaha@gmail.com

Saturday 10 May 2014

Ringgit Mengintai Di Bawah Teduhan Pohon Kelapa Bali



Dicelah-celah pohon bali yang tegap dan menghijau ribuan bebek putih gebu berehat di bawah teduhan pohon bali. 

Bebek diusahakan secara komersial oleh empat orang lelaki dan dibantu oleh tiga orang pekerja.  Mereka menggabungkan tenaga, fkiran dan modal untuk menternak bebek secara besar-besaran Modal berbayar  sebanyak R80 000.00 dilaburkan untuk  projek ini.  Ianya diletakkan di bawah kelolaan 'Bebek Resources'


Ladang bebek di Labu Besar,Kulim,Kedah.


Bebek yang dihasil diladang ini menggunakan makanan yang formulanya dihasilkan oleh  'Bebek Holding'. Anti-biotik jarang digunakan. Vaksin juga tidak  digunakan.  Menurut  A.Wahab setakat ini  formula yang  digunakan  mendapatkan  hasil  yang memuaskan.Kata peribahasa Melayu, sambang penuh jala  terletak, laut kering ikan mengempas.





Daging bebek dijual secara  borong dan runcit. Kedai  makanan di sekitar  Kulim dan juga  ada sampai Tawar yang  memesan bebek  daripada mereka.  Mereka menghantar sendiri  bebek yang sudah diproses.





Sangkar bebek.

Biasanya bebek akan ditangkap pada pukul  2.00 pagi kerana  hawa  pada masa  itu sejuk dan dimasukkan ke  dalam sangkar.  Ini bertujuan  untuk  mengelakkan bebek daripada terdedah dan terkena panas matahari  yang  kuat. Biasanya bebek akan  disembelih pada awal pagi  dan diproses sebelum dijual.




Encik Rodi pengurus ladang menunjukkan  cara  'melayur'  bebek selepas dicabut bulu kasar. Yang dilayur ialah bulu halus atau disebut  'bulu pahat'

Ladang bebek yang berusia 2 tahun  itu  menyediakan 6 petak ataupun rungan untuk bebek  yang  sudah dewasa.  Setiap petak  boleh  menampung 1740 ekor  bebek. Bebek yang sudah berusia  38 hari  ke atas  sudah  boleh  dijual. Bebek dijual setiap minggu dengan  menggunakan lori yang  tidak melebihi 5 tan.


Oleh  Shakir  Taha

Tuesday 6 May 2014

Rezekinya Menguntum Dari Pohon Hijau

Beliau bercita-cita mahu membuka ladang herba seperti di Johor,ladang herba Nasuha.Tapi buat masa ini anak kelahiran Terung,Perak belum lagi ke arah itu.

Kini beliau masih berkhidmat di sebuah syarikat swasta sebagai akauntan di Pulau Pinang. Masa yang terluang banyak dihabiskan di ladang dan membuat kerja amal bersama NGO Wargakilang.


Ladang seluas suku ekar diberi nama 'Guar Perahu Herbal Berry Fig Valley' terletak di bahagian belakang Taman Guar Perahu, tidak jauh dari Pekan Penanti. Ladang ini menurut  pemiliknya, Encik Shukri lebih merupakan suatu 'experiment'.

Di sini beliau dibantu oleh 3 orang pekerja sepenuh masa.Pekerja disediakan tempat tinggal percuma.Kebiasaannya pekerja ini menyediakan makanan mereka sendiri.

Encik Shukri menanam pohon herba untuk tujuan komersial dan memelihara pokok yang jarang ditanam oleh peladang lain. Tujuannya supaya pokok-pokok herba ini tidak pupus. Menurut Encik Shukri pokok-pokok ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan patut dipelihara.

Di tepi-tepi ladangnya dibuat kolam kecil. Kolam yang dibuat daripada simen dipelihara ikan keli. Ikan ini dipelihara sebagai hiasan  ladang sahaja.Bila besar disedekahkan kepada kawan-kawan dan untuk makanan keluarga.

Pokok Belalai Gajah yang ditanam tumbuh dengan subur di sini. Pokok ini dipercayai boleh membantu pesakit kanser atau kanser payu dara.

Selagi daripada itu pohon anggor dan tin juga hidup dengan subur di sini. Pohon-pohon di sini hidup menghijau berkat kegunaan baja organik yang dibuat sendiri. Encik Shukri langsung tidak menggunakan baja kimia.



Pohon-pohon yang ditanam lebih kepada herba.Ianya dibekal kepada pembeli jauh dan dekat.Dalam hal ini beliau dibantu oleh isterinya yang pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran.


Seperti kata peribahasa Melayu,menjemur sementara hari panas.Dalam usia 42 tahun beliau mampu memberikan masa dan tenaga di ladang.

Beliau tidak lupa kepada pesan orang tua dahulu,"sediakan payung sebelum hujan'.Menyedari bekerja di syarikat swasta masa depannya yang tidak menentu,beliau telah membeli sebuah kedai di Taman Guar Perahu.Beliau menjadi pembekal bahan-herba herba untuk tujuan perubatan.

Beliau mempunyai syarikat sendiri yang bernama 'EES BIOTECH  SDN BHD'.Syarikat ini diuruskan oleh isterinya.Beliau sendiri terlibat dalam perakaunan.

Hujan petang yang menyirami ladangnya sudah berhenti.Senja sudah dekat.Lampu-lampu di tepi jalan sudah  mengeluarkan  cahayanya yang nanti  pasti bertengkar dengan malam. Aku meminta diri dan terus meninggalkan ladang yang permai dan menghijau ini. Semoga kawasan ini juga akan terus menghijau.


Oleh Shakir  Taha

Saturday 5 April 2014

Rezekinya DiDapur

Makan piza memanglah sedap.Tapi piza yang terdapat di pasaran agak meragukan dari segi kehalalannya.Asalnya piza ini adalah makanan yang dibuat oleh orang Arab,kata seorang 'Chef'

Tapi piza yang dihasilkan oleh sepasang suami-isteri Encik Zul dan Kak Su memang tidak diragui dari kehalalannya.

Kedai 'My Piza yang terletak di Taman Bertam Indah,Kepala Batas sudah beroperasi selama tiga tahun Menurut Kak Su piza yang dijual dari harga RM5.00 hinggalah RM20.00.Pelanggan boleh milih menu yang mereka suka.



Kak Su yang berasal dari Tuaran,Sabah dibantu oleh suaminya Encik Zul dalam menjalankan perniagaan piza.Perniagaan mereka bermula dari jam 11.00 pagi hingga 9.30 malam.

Malam itu kami singgah di kedai Kak Su bersama rombongan HAP(Hak Asasi Perikemanusiaan) Jala, Negara Patani Darussalam.

Keluasan kedainya cukup seerhana.Mampu memuatkan 4 meja makan yang sederhana.

Malam itu Kak Su walaupun nampak letih, masih lagi mampu melemparkan senyumannya kepada kami.Semua pertanyaan dijawab dengan senyum mesra.Biasanya Aku jarang sangat makan piza. Tapi bila berkunjung ke kedai Kak Su dan Encik boleh tambah pinggan.


Aku lihat kawan-kawan dari Jala dan Patani begitu berselera sekali makan piza hasil air tangan Kak Su.Malam masih muda.Kak Su dan suami masih di kedai.Lampu dipinggir jalan sudah terang.Kami membiarkan lampu dipinggir jalan bertengkar dengan  malam.



Oleh Shakir  Taha

Tuesday 11 March 2014

Anak Muda Yang Suka Berdikari

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan. Sewaktu menjalankan praktikum di bengkel kereta, anak muda ini tertarik dengan kerja pemasangan cermin kenderaan dan membaiki cermin yang retak.

Beliau bertekad untuk menjadikan kerja ini sebagai sumber pendapatan yang tetap. Ijazah kejuruteraan yang beliau miliki banyak membantu kerjaya beliau.

Selepas tamat pengajian dan mendapat segolong sarjana muda kejuruteraan, beliau tidak memilih untuk bekerja makan gaji.


Dengan modal yang ada beliau membuka bengkel membaiki cermin kereta dalam usia yang masih muda. Naim yang berusia 26 tahun sewaktu dia membuka bengkel di Alor Setol,Langgar,Alor Setar. Beliau sekarang sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik.







Selain daripada melakukan kerja membaiki dan menukar cermin kereta, beliau terlibat dengan kerja-kerja kebajikan untuk masyarkat. Beliau aktif dengan NGO seperti Aman Patani dan sebagainya.











Baru-baru ini beliau turut serta ke Patani untuk melihat dari dekat suka duka rakyat Patani di wilayah yang sering bergolak dan berduka.

Menurut Naim,beliau lebih selesa bekerja sendiri dan menjadi 'bos' sendiri.Keluarga beliau terutama ibu dan ayahnya menyokong penuh beliau membuka bengkel ini.

Lebih membanggakan lagi, syarikat beliau dipilih sebagai panel bengkel cermin kereta bagi Syarikat Takaful Ikhlas,Takaful Malaysia dan beberapa syarikat kenderaan lagi.


Oleh  Shakir Md Taha