Saturday 15 September 2012

Menuai Rezeki Di Hentian Banjaran Titiwangsa

Dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang saya bertemu dengan seorang usahawan wanita bernama Norlees. Beliau dibantu oleh sepupunya,Mohd Nazli untuk menjual produk keluaran syarikatnya.

Di hentian Banjaran Titiwangsa Lebuhraya Timur Barat Norlee mempunyai promosi produknya.Beliau dan sepupunya akan berada di hadapan tapak surau lama yang disewa dengan bayaran RM50.00 sehari.Mereka berada di sini 3 hari dalam seminggu.Hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.

Menurut Norlee,anak kelahiran Baling ini,perniagaannya setakat ini agak memuaskan juga. Setakat ini beliau mempunyai pengedar dan stokis di sebahagian besar tanahair. Mereka yang berminat untuk menjadi stokis ataupun agen bolehlah menghubungi beliau.

Beliau memulakan perniagaan ini  setelah bidang kontraktor yang diceburinya agak lembab dan merosot.Cahaya kejayaan semakin bersinar apabila dia memulakan perniagaan teh emas.Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan terutama pada musim cuti sekolah.

Setakat ini kilangnya beroperasi dengan menggunakan kaedah manual.Cuma yang agak baru ialah mesin membacuh minuman.Setakat ini yang menjadi faktor penghalang ke arah pembesaran dan pemodenan kilangnya ialah modal.
Beliau sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman daripada agensi tertentu di negara ini.






Gambar di atas,Norlees sedang memperagakan produk keluaran syarikatnya.Harga produknya bermula daripada RM3.00 hinggalah RM20.00.Produknya menggunakan buah delima sebagai bahan asas.


Oleh Shakir Md Taha

Teh Misai Kucing

Teh misai kucing  telah digunakan oleh orang Melayu sudah sekian lama sebagai penawar penyakit kencing manis.

Teh misai kucing jenama 'Nurlife' dikeluarkan oleh Sutraherbs Marketing terdapat dalam pasaran sekarang.

Sekotak teh misai kucing jenama 'Nurlife' mengandungi 30 uncang.

Ianya mudah diminum.Diadun daripada pokok misai kucing yang berkualiti bagi menjamin mutunya.