Sunday 3 April 2011

Dari Seorang Penjual Buku Ke Usahawan Minyak Burung Unta


Minyak Zaiton Dara(Extra Virgin Olive Oil.Soft Gel)yang dikeluarkan oleh syarikat Tuan Shahrom.


Saya bertemu dengan beliau ketika berkursus di SIRIM,Shah Alam,Selangor. Orangnya berkulit sawo matang. Berbadan besar. Tingginya kira-kira 5 kaki 9 in.Kelihatan serious. Tapi bila kenal cukup peramah dan mudah berbicangan.

Aku tidak pernah mengenali beliau(Shahrom berbaju hitam kiri sekali) sebelum ini. Aku hanya mengenali produk beliau. Minyak Burung Unta yang botolnya berwarna hijau itu. Itu sahaja. Aku tidak pernah tahu dimana beliau tinggal. Aku hanya tahu menggunakan minyak burung unta keluaran syarikat beliau.

Menurut Tuan Shahrom atau nama penuhnya Mohd Shahrom Bin Shahidan, beliau memulakan perniagaan dengan menjual buku. Oleh kerana penjualan buku agak lembap beliau berfikir  untuk bertukar arah. Beliau beralih ke industri pembuatan. Beliau mengusahakan minyak burung unta. Tidak ada manusia Melayu yang mengeluarkan produk seperti ini. Bermula dengan periuk kecil beliau memasak adunan minyak burung unta. Minyak ini dipasarkan. Hari demi hari produk ini mula dikenal orang. Semakin meniti dibibir mulut pengguna. Sambutan cukup menggalakkan.

Rumah di kampung yang ada diubahsuai untuk dijadikan kilang. Permintaan semakin bertambah.Beliau menambah produknya sehingga menjadi dua belas. Semua produknya dipasarkan atas nama "MS Worldwide Manufacturing(M) Sdn.Bhd yang beribu pejabat di Sri Iskandar,Perak Darul Ridzuan.

Perniagaannya semakin meningkat maju. Sambutan daripada pengguna,agen dan stokis cukup melegakan. Secara tiba-tiba beliau diserang penyakit ganjil. Beliau hampir-hampr mahu menjual kilangnya pada waktu. itu. Berkat bantuan ibu dan isterinya, beliau pulih seperti sedia kala dan dapat meneruskan perniagaan.

Saudara Shahrom memasarkan produknya  menerusi agen dan stokis yang dilantik. Untuk memudahkan urusan perniagaan beliau hanya melantik seorang stokis untuk satu negeri. Lantikan untuk agen tidak terhad.Sehingga kini terdapat 5.000 agen yang berdaftar diseluruh negara.

No comments:

Post a Comment