Thursday 31 March 2011

Usahawan Gigih- Mustafa Kamal

Beliau pernah bergiat dalam pendidikan suatu ketika dahulu. Usaha beliau cukup berjaya.Beliau mendirikan Pusat Tusyen. Sambutannya cukup hangat.Oleh kerana soal dasar yang ditetap oleh MARA beliau terpaksa keluar dari bangunan itu. Pusat tusyennya terpaksa ditutup.

Beliau tidak hilang perhitungan. Dengan  sedikit modal yang ada ditangan,beliau memulakan perniagaan makan. Beliau mendirikan restoran makanan ala Thai. Sambutannya cukup memuaskan.Kedai terletak di Pokok Sena,kira-kira 8 kilometer daripada Pekan Kepala Batas yang berahli parlimenkan Pak Lah,mantan Perdana Malaysia.

Kedainya mempunyai identiti yang tersendiri. Di sudut,di dinding ada gambar P.Ramlee Ada seni kata lagi P.Ramlee terletak dimeja beliau. Sepanjang Anda makan di restoran ini,lagu-lagu P. Ramlee diputarkan tanpa henti. 

Beliau juga menyimpan beberapa buah buku ilmiah tentang P.Ramlee.Mustafa Kamal pemilik restoran ini lebih dikenali dengan panggil 'Abang Mus'.

Mus aktif dalam kerja kebajikan masyarakat sampai sekarang.Beliau aktif dalam partai politik dan AJK Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir(KBSS)